Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 16 Januari 2019 (Khamis), keputusan STAM bagi tahun 2018 telah diumumkan di seluruh Malaysia secara rasminya. Pada tahun ini  GPS Ma'ahad SAS ialah 2.54. Kejayaan ini melayakkan Ma’ahad SAS di kedudukan ke-2 daripada 4 buah SMAN Pahang yang mempunyai kelas STAM.

Seorang pelajar memperolehi Mumtaz Sofi dan 19 orang pelajar memperolehi Mumtaz. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STAM 2018 dan jutaan terima kasih kepada semua guru STAM khususnya dan guru-guru lain secara tidak langsung yang telah berusaha sedaya upaya mendidik dan mengajar para pelajar sehingga berjaya.

Tag: Keputusan STAM 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini