Program Jelajah Minda Sejahtera (JMS) Bantu Pelajar Fahami Kesihatan Mental
Bandar Jengka, 8 Oktober 2025 – Program Jelajah Minda Sejahtera (JMS) telah diadakan dengan jayanya di Dewan Besar Saidina Ali, MSAS melibatkan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.
Sesi ceramah utama telah disampaikan oleh Puan Norazizah binti A. Aziz, seorang aktivis dan perunding psikologi berpengalaman luas dalam bidang psikologi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Beliau juga aktif dalam isu keibubapaan digital, kekeluargaan serta asas kesihatan mental.
Program ini diharap dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara menangani tekanan, membina emosi positif dan mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan harmoni.

0 komen