Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

KEDATANGAN MA’AHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG KE MA’AHAD SAS

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 5 Mac 2018 (Isnin), kakitangan Ma’ahad Tahfiz Negeri Pahang telah mengadakan satu taklimat mengenai pengajian dalam Diploma Tahfiz al-Quran. Pengajian diploma tersebut adalah kerjasama antara MTNP dengan Darul Quran, JAKIM. 

Taklimat ini diwajibkan kepada tingkatan enam iaitu lepasan SPM 2017 dan diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali bermula jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang. Diploma ini dibuka kepada anak-anak negeri Pahang Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Permohonan pelajar yang berjaya akan ditemuduga oleh pihak MTNP terlebih dahulu. Manakala dana pengajian pula akan ditawarkan oleh Biasiswa Yayasan Pahang kepada mereka yang layak. 
 

Tag: Kedatangan MTNP

0 komen

Sila berikan komen anda di sini