Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

KEM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

MARAN - Pihak sekolah telah mengadakan Kem Perkhemahan Unit Beruniform yang bertempat di Kem Wawasan Negara, Maran pada 3 hingga 5 Februari 2023, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Setiap pasukan unit beruniform perlu menghantar 20 orang peserta. Unit beruniform sekolah ini terdiri daripada Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba, Puteri Islam dan Kadet Polis. Pada hari Jumaat, 3 Februari 2023, para peserta bertolak dari sekolah pada pukul 2.30 petang dengan menaiki 2 buah bas dan sebuah van sekolah. Kem bermula dengan aktiviti 'Ice Breaking' dan seterusnya Kawad Kaki pada waktu petang. Acara malam pula adalah Ikhtiar Hidup selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Pada hari Sabtu, 4 Februari 2023, kem dimulakan dengan aktiviti Kawad Kaki dan Jungle Trekking. Selepas solat Zohor, aktiviti seterusnya ada Pertolongan Cemas. Pada malam pula adalah aktiviti Melawan Kebakaran selepas menunaikan solat. 5 Februari 2023, aktiviti gotong royong dan majlis penutup.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini