MAJLIS IFTAR JAMAIE RAMADAN
BANDAR JENGKA - Majlis Iftar Jamaie Ramadan berlangsung pada 17 April 2023 bersamaan 26 Ramadan 1444H pada hari Isnin di Dewan Makan Asrama. Majlis ini dihadiri oleh para guru, staf dan pelajar asrama. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan ketibaan para tetamu dan ucapan daripada Pengetua, Encik Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Pelbagai juadah makanan disediakan semasa majlis tersebut. Majlis diserikan dengan kehadiran ahli keluarga para guru dan staf.
0 komen