Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM AKHIR SESI AKADEMIK 2022/2023

BANDAR JENGKA - Program Akhir Sesi Akademik 2022/2023 telah dijalankan bagi pelajar Tingkatan 1,2&3. Program ini berlangsung selama lapan hari yang bermula pada 8 Februari dan berakhir pada 17 Februari 2023. Hari pertama, acara sukan dalaman dan luaran. Hari kedua, program penyembelihan dan pengurusan jenazah. Hari ketiga, solat hajat, dhuha, bacaan Yaasin dan jamuan kelas. Hari keempat, program asas taranum, lakonan, choral speaking dan kalam jamaie. Hari kelima, program teknik menghafal dan nasyid. Hari keenam, program celik jawi dan gotong royong. Hari ketujuh, bengkel asas dekorasi kek dan pertandingan reka bentuk makanan. Hari terakhir, majlis penyerahan hadiah dan slip keputusan UASA. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Encik Azmy Murad. Diharapkan para pelajar memperoleh manfaat dan faedah melalui penglibatan dalam program ini.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini