PROGRAM KEM BAHASA AL-QURAN (KEMBAQ) UNTUK PELAJAR TINGKATAN SATU BAGI TAHUN 2018
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –13-15 April 2018 (Jumaat-Ahad), Panitia Bahasa Arab Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah mengadakan KEMBAQ iaitu Kem Bahasa Al-Quran bertempat di Dewan Saidina Ali pada 13-15 April 2018. Aktiviti ini disertai oleh 174 orang murid dengan 5 orang fasilitator. Penceramah jemputan ialah Ustaz Zulkarnain bin Itam dari Ma’ahad Ahmadi Gemencheh.
Objektif program ini diadakan adalah untuk pendedahan awal Bahasa Arab melalui kaedah mudah dan berkesan terhadap semua pelajar tingkatan 1 dengan guru yang sangat berpengalaman dalam bidang Bahasa Arab. Tumpuan utama program KEMBAQ adalah untuk menimbulkan rasa minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab dan mampu menulis dan bertutur dengan baik.
0 komen