Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

WARTA SEKOLAH | SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2022/2023

Bandar Jengka - Selamat Kembali ke Sekolah untuk sesi 2022/2023 kepada para guru dan pelajar Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Sesi persekolahan dijalankan secara tidak bersemuka (PdPr) bermula 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022 bagi pelajar Tingkatan 1,2&3 manakala bagi pelajar Tingkatan 4&5 sehingga 1 April 2022. Sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan dengan pelajar Tingkatan 4&5 iaitu pada 4 April 2022 dan seterusnya pelajar Tingkatan 1,2&3 pada 18 April 2022. Diharapkan semua guru dan pelajar lebih bersemangat menjalani sesi persekolahan baharu dan mencipta lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum untuk sekolah.

Tag: #maahadsas2022

1 komen

Harish Raj A/L Nagendren

2023-02-03 11:12:56 UTC

Saya akan gembira dengan kembali ke sekolah

Sila berikan komen anda di sini