MOTIVASI CALON SPM
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 17 April 2019 (Rabu), Setiausaha Peperiksaan SPM telah mengadakan motivasi untuk calon-calon SPM 2019. Motivasi diadakan di Dewan Kuliah, Ma’ahad SAS bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi. penceramah jemputan ialah Ustaz Nik Mohd Azam (Pok Nik) dari Akademi Azam, Kuantan. Motivasi ini bertujuan membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam mengahadapi peperiksaan SPM dan yang lebih penting adalah pelajar mempunyai kesedaran diri untuk berubah...
PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 27 April 2019 (Sabtu), Program LADAP untuk guru-guru Ma’ahad SAS telah diadakan di Hotel Darul Makmur, Jerantut. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 1.00 petang. Tajuk program ini ialah Penghayatan dan Pembudayaan Integriti Dalam Organisasi yang telah disampaikan oleh pencerah jemputan iaitu Profesor Madya Dr Mohd. Nor Bin Mamat, Pensyarah UiTM Shah Alam.
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SIFAR VANDALISME, KECURIAN DAN BULI
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 22 April 2019 (Isnin), Unit Keselamatan 4K telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Sifat Vandalisme, Kecurian dan Buli peringkat sekolah. Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar agar sentiasa menjauhkan atau megelakkan diri dari melakukan kesalahan tersebut. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Pengetua, Pn. Noraini Binti Abdul Manap. Semoga pelaksanaan kempen ini mampu mewujudkan sekolah yang selamat.
PROGRAM AMAN PALESTIN
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 17 April 2019 (Rabu), Aktiviti mingguan bagi kokurikulum pada minggu ini diganti dengan Program Aman Palestin. Program ini bermula jam 3.30 sehingga jam 5.00 petang. Semua pelajar dan guru terlibat sama. Program diadakan di Dewan Besar. Perkongsian bersama penceramah jemputan mudah-mudahan menjadikan kita umat Islam yang perihatin dengan saudara seislam.
