Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

DEMONSTRASI ROKET AIR SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –11 April 2018 (Rabu), sempena ‘Minggu Sains Negara’, perjumpaan kokurikulum bagi persatuan-persatuan pada minggu ini telah mewajibkan bagi setiap persatuan menyediakan roket air. Demonstrasi melancarkan roket air diadakan di tapak perhimpunan.

Cikgu Zul telah menerangkan dahulu bagaimana membuat roket air dan diikuti dengan simulasi serta demonstrasi daripada Panitia Sains dengan kerjasama Kelab Ko Falak. Selepas itu, persatuan-persatuan lain pula telah melancarkan roket air masing-masing. 

Semoga aktiviti ini mampu menarik minat pelajar kepada bidang Sains seterusnya melahirkan pelajar berinovasi dan kreatif.

Tag: Minggu Sains Negara

0 komen

Sila berikan komen anda di sini