Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM KARNIVAL KO FALAK BIL 3/2020 PERINGKAT MAAHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI

Pada 8 September 2020 – Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah berjaya melaksanakan Program Karnival Ko Falak bertempat di Dewan Utama, Ma’ahad SAS. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi sehinggga jam 12.00 malam. Para pelajar yang terlibat adalah secara bergilir mengikut tingkatan dalam slot pembentangan yang disediakan. Pembentangan kertas kerja pertama dan kedua disampaikan oleh En. Ahmad Taufan Bin Abdul Rashid. Kemudian diadakan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman, SSAP., DSAP., DIMP.,SMP.,AMP.,PKC. Slot pembentangan kertas kerja ketiga dan keempat elah disampaikan oleh En. Shahrin Bin Hj. Ahmad. Kemuncak program ini ialah cerapan langit malam dan kami diizinkan untuk menyaksikan planet Zuhal dan Musytari. Semoga program bermanfaat ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. 
 
 

Tag: Karnival Ko Falak

0 komen

Sila berikan komen anda di sini