Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2025

Badan Disiplin Maahad As-Sultan Ahmad Shah telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan Pelajar 2025 pada 18 hingga 20 Julai 2025 bertempat di Kempville Beach Resort. Program ini melibatkan penyertaan daripada barisan Pengawas Sekolah dan Exco Asrama, dengan objektif utama untuk memupuk semangat kepimpinan, kerjasama, dan jati diri dalam kalangan pelajar yang terpilih.

Sepanjang tiga hari kem berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti berbentuk fizikal dan intelektual, termasuk slot ceramah kepimpinan, aktiviti berkumpulan, ‘night walk’, dan latihan dalam kumpulan (LDK). Semua aktiviti ini dirancang bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, daya tahan, serta semangat berpasukan dalam kalangan pemimpin pelajar.

Diharapkan melalui kem ini, barisan kepimpinan pelajar MaahadSAS akan lebih bersedia memikul tanggungjawab serta menjadi teladan kepada rakan-rakan pelajar lain.

Tag: #maahadsas2025 #kemkepimpinan2025

0 komen

Sila berikan komen anda di sini