Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 3 Mei 2019 (Jumaat), Majlis Sambutan Hari Guru bagi tahun 2019 telah disambut dengan jayanya.  Tema hari guru pada tahun ini “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Sambutan diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Majlis berlangsung dari jam 8.30 pagi hinggg 12.oo tengah hari. 

Aturcara majlis bermula dengan sukaneka guru-guru. Pada jam 10.00 pagi, acara dewan bermula dengan pelbagai acara antaranya gimik majlis, ucapan wakil pelajar dan guru, ucapan puan pengetua seterusnya merasmikan majlis tersebut. Majlis diserikan lagi dengan cabutan bertuah dan sketsa dari para pelajar. Kemuncak majlis adalah penyampaian hadiah kepada para guru. 

 

Tag: Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini