Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA TAHUN 2019

Pada 17 Disember 2019 (Selasa), Majlis pengumuman rasmi keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ini telah disampaikan oleh YH Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang di Dewan Al-Hassan SMA Al-Wosto Temerloh.

Pada tahun ini, Ma’ahad SAS mencatatkan penurunan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu dari 1.99 pada tahun 2018 kepada 2.63 pada tahun 2019. Jumlah pelajar yang memperolehi pangkat Mumtaz seramai 24 orang dan 4 orang daripada mereka memperolehi MUMTAZ SOFI (10A). Bilangan Jayyid Jiddan seramai 30 orang, Jayyid seramai 16 orang, Maqbul seramai 8 orang dan Rasib seramai 16 orang. Keputusan ini meletakkan Ma’ahad SAS di tangga ke 10 daripada 18 buah SMAN Pahang yang lain.  

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang cemerlang dan guru-guru SMA khusunya dan guru-guru Ma’ahad SAS yang berusaha sedaya upaya mendidik dan mengajar para pelajar sehingga berjaya. 

Tag: KEPUTUSAN SMA 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini