Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM KUNJUNGAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH PURWOREJO,INDONESIA BERSAMA UITM CAWANGAN PAHANG

BANDAR JENGKA - Pada 8 Februari 2023, satu lawatan kunjungan dari Universitas Muhammadiyah Purworejo, Indonesia bersama UiTM cawangan Pahang ke Ma'ahad SAS. Para delegasi berjumpa dengan pentadbir sekolah di Bilik Mesyuarat pada pukul 10 pagi. Antara delegasi yang hadir ialah Rektor Universitas Muhammadiyah, Dr Rofiq Nurhadi dan Timbalan Rektor HEP UiTM Pahang, Dr Mohd Kamal Jusoh. Pihak sekolah dan universiti bertukar pendapat dan cadangan dalam usaha meningkatkan prestasi pendidikan sepanjang pertemuan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kunjungan yang hadir dan berharap ada kerjasama yang baik berlaku pada masa akan datang.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini