Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM KEM NUQABA’ PERINGKAT SEKOLAH 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 2-4 Februari 2018 (Jumaat-Ahad), Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah telah menganjurkan Kem Nuqaba’ bertempat di Pantai Sepat, Kuantan dan program ini anjuran bersama Kem Akademi Azam Pantai Sepat, Kuantan.

Kem Nuqaba’ ini melibatkan seramai 100 orang pelajar terdiri daripada tingkatan 1hingga 6 yang memegang jawatan sebagai ketua kelas, pengawas sekolah dan exco asrama. Manakala bilangan guru pengiring seramai 6 orang iaitu 3 guru lelaki dan 3 guru perempuan. 

Tujuan diadakan kem ini adalah untuk memupuk sifat bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan, tegas dan berdisiplin serta saling bekerjasama antara satu dengan yang lain. Majlis penyerahan sijil para peserta diwakili oleh Cikgu Nuridduan Bin Mat Jamin. Masa bertolak pulang ke Ma’ahad SAS pada jam 3.00 petang.  

Tag: Kem Nuqaba'

0 komen

Sila berikan komen anda di sini