Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Program akhir tahun 2025 - Sukan Indoor

24-25 nov 2025 | Sukan indoor

Unit kokurikulum Maahadsas telah menganjurkan pertandingan sukan indoor yang melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Program ini bagi memupuk minat pelajar berkaitan permainan tradisional dan moden yang seringkali dilupakan kini. Antara permainan yang diketengahkan ialah catur, dam haji, congkak, sahiba, tuju penutup botol, batu seremban dan karom.

Diharapkan pertandingan ini dapat memupuk nilai murni kepada pelajar supaya permainan-permainan ini tidak luput dek zaman.

Tag: #maahadsas2025

0 komen

Sila berikan komen anda di sini