Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG 2021

7 Mei 2021- Majlis Khatam Al-Quran bagi selurah SMAN Pahang telah diadakan melalui google meet yang bertempat di Dewan Dar Al-Qutni, SMA AL-Ihsan, Kuantan. Ma’ahad SAS telah menyertai bersama majlis tersebut di Bilik Mesyuarat sekolah. Majlis bermula dengan ucapan pemangku pengetua, Us Che Aziz bin Che Dollah. Kemudian ucapan dari Pengarah JAIP dan pada jam 10.30 pagi, berlangsung majlis khatam Al-quran dari 8 orang pelajar yang terpilih dari sekolah-sekolah berasingan. Selesai bacaan doa khatam Al-Quran, majlis penyampaian saguhati kepada 25 orang pelajar yang membantu menjayakan aktiviti khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan 1442H. Semoga kita bertemu lagi Ramadhan akan datang. Amin

Tag: Majlis Khatam Al-Quran 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini