Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS GRADUASI STAM KALI-KE2

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 6 Mac 2018 (Selasa), Majlis Graduasi STAM 2017 telah diadakan dengan jayanya buat kali kedua di Ma’ahad SAS. Seramai 129 orang graduan yang terlibat dengan majlis graduasi tersebut  iaitu para pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz sehingga pangkat Jayyid. 

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh En. Bakar bin Mat Saad, KPPP Bahagian Pendidikan JAIP. Kemeriahan majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG Ma’ahad SAS, En. Norsufian Bin Asmuni dan para ibu bapa graduan. Majlis tamat pada jam 11.30 pagi. Semoga usaha ini mendapat sokongan padu dan menjadi pendorong kepada para pelajar STAM 2018 untuk lebih bersaing secara positif. 

Tag: Graduasi STAM Kali Ke-2

0 komen

Sila berikan komen anda di sini