Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

KEJOHANAN MERENTAS DESA & SUKAN TAHUNAN MA’AHAD SAS 2017

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –21 dan 22 April 2017 (Jumaat dan Sabtu), Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah telah mengadakan acara merentas desa. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Para pelajar memulakan larian mereka di hadapan pintu gerbang Ma’ahad SAS dengan dirasmikan larian tersebut oleh Pengetua Ma’ahad SAS, Pn. Noraini Binti Abdul Manap bersama GPK HEM, Pn. Asmanizam Binti Kamarzaman. Sepanjang acara tersebut, pihak sekolah menyediakan perkhidmatan daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), anggota polis Daerah Maran dan juga beberapa orang guru yang dilantik sebagai rondaan. Acara ini berjalan dengan lancar dan jayanya. 

Pada hari berikutnya, Kejohanan Sukan Tahunan Ma’ahad SAS 2017 telah diadakan bertempat di padang sekolah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Hairudin Bin Kadir, Penolong Pegawai Bahagian HEM dan Kokurikulum Jabatan Agama Islam Pahang. Majlis diserikan dengan kehadiran oleh Pengetua Ma’ahad SAS, GPK HEM dan GPK Kurikulum yang turut memberi sokongan membina sepanjang acara bermula sehingga tamat. Acara yang telah dipertandingkan ialah acara sukan permainan, olahraga, sukaneka, hiasan rumah sukan dan perbarisan. Keputusan rasmi kedudukan rumah-rumah sukan secara keseluruhan adalah seperti berikut :

 Tempat Pertama: Rumah Hunain
 Tempat Kedua: Rumah Yarmouk
 Tempat Ketiga: Rumah Tabuk
 Tempat Keempat: Rumah Qadisiah

(foto-foto merentas desa dan sukan tahunan)


Tag: merentasdesa&sukantahunan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini