Tadarus Al-Quran Sempena Program Ihya’ Ramadan
27 Februari 2026 | Jumaat | Dewan Saidina Ali
Program Tadarus Al-Quran melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 telah diadakan pada 27 Februari 2026, jam 10.45 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan Saidina Ali. Program ini dipantau oleh semua Guru Al-Quran bagi memastikan bacaan pelajar lancar dan menepati hukum tajwid.
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dalam suasana yang tenang dan teratur.
Program ini turut menjadi sebahagian daripada pengisian Program Ihya’ Ramadan sekolah, sebagai persediaan rohani dalam menyambut bulan yang mulia. Diharapkan usaha ini dapat menyemarakkan budaya membaca Al-Quran serta memupuk kecintaan terhadap kalam Allah dalam kalangan pelajar.

0 komen