LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR STAM KE MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN, KOTA BHARU, KELANTAN
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 30 Jun- 1 Julai 2018 (Sabtu-Ahad), Setiausaha STAM Ma’ahad SAS telah melaksanakan Lawatan Sambil Belajar Pelajar STAM Ke Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 40 orang pelajar iaitu 38 perempuan dan 2 lelaki dengan diringi 4 orang guru, 2 lelaki dan 2 perempuan dalam lawatan tersebut. Masa bertolak ke Kelantan pada hari Sabtu jam 10.00 malam dan telah selamat sampai ke Ma’ahad pada hari Ahad jam 11.00 malam.
Tujuan utama lawatan ini ialah meransang dan menggalakkan pelajar untuk membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan STAM kerana pemilihan pelajar yg terlibat adalah berdasarkan kepada ranking 40 teratas dalam peperiksaan setengah tahun tanpa sebarang subjek yang gagal. Di samping itu, berkongsi idea dgn pihak pengurusan STAM di Maahad Muhammadi dalam mencari langkah untuk mencapai kecemerlangan yang lebih lagi pada masa datang. Selain itu, Memberi pendedahan kepada pelajar STAM terhadap teknik-teknik dan langkah-langkah yang dilakukan oleh pelajar Maahad Muhammadi dalam mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan STAM.
0 komen