Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN

7 Mei 2021- Majlis penutupan Ihya’ Ramadhan 2021 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Sepanjang program Ihya’ Ramadhan berjalan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan anatarnya tadarus Al-Quran, kuiz Ramadhan, edaran risalah Ramadhan dan lain-lain lagi. Majlis dimulakan dengan Ceramah Ramadhan pada jam 9.00 pagi yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Safarizan bin Salim. Kemudian, ucapan amanat disampaikan oleh Ustaz Che Aziz Bin Che Dollah, GPK 1 dan juga pemangku pengetua. Acara kemuncak ialah penyampain hadiah bagi acara Kuiz Ramadhan kepada pemenang-pemenang dari kalangan pelajar. Selepas bersurai, pelajar kembali ke kelas masing-masing untuk menerima duit raya dari pihak sekolah yang disampaikan oleh guru kelas masing-masing. 

Tag: Penutupan Ihya' Ramadhan 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini