Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS RAMAH MESRA YAB MENTERI BESAR PAHANG BERSAMA GURU AL-QURAN DAN FARDHU AIN ASRAMA SERTA WARGA JAIP

BANDAR JENGKA – Pada 1 November 2022, Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Haji Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bersama guru Al-Quran dan fardhu ain asrama serta warga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berlangsung di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini pada pukul 2.30 petang. Seramai 39 orang Pengerusi Masjid telah menerima sumbangan Pelaksanaan Pahang Berselawat sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pahang tahun 2022. Selain itu, berlangsung penyampaian Imbuhan Khas kepada 350 orang guru Al-Quran dan Fardhu Ain asrama di dalam majlis ini. Majlis ini diakhiri dengan slot menanam pokok dan pelepasan kontinjen Ijmak Perdana Agensi Agama seluruh Malaysia (IJPAM) ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi

Kredit Gambar : Jabatan Agama Islam Pahang (FB)

Tag: #maahadsas2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini