Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

SUKAN TAHUNAN MA’AHAD SAS 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 10 Februari 2018 (Sabtu), Sukan Tahunan Ma’ahad SAS 2018 telah diadakan bertempat di padang sekolah. Sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG Ma’ahad SAS, En. Norsufian bin Asmuni. 

Majlis diserikan dengan kehadiran oleh Pengetua Ma’ahad SAS, GPK HEM dan GPK Kurikulum yang turut memberi sokongan membina sepanjang acara bermula sehingga tamat. Acara yang telah dipertandingkan ialah acara ilmiah yang bermula pada hari rabu hingga jumaat. Pada hari Sabtu, acara sukan permainan, olahraga, sukaneka, hiasan rumah sukan dan perbarisan dipertandingkan.  Semoga aktiviti tahunan seperti ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dengan matlamat 1 murid 1 sukan dan seimbang dalam kecemerlangan akademik dan sukan.

foto sukan tahunan

Tag: Sukan Tahunan 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini