Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

TAKLIMAT HALA TUJU LULUSAN STAM

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 20 Januari 2018 (Sabtu), satu taklimat Hala Tuju Lepasan STAM untuk para pelajar tingkatan 6 kemasukan sesi 2018 telah dilaksanakan oleh Setiausaha STAM iaitu Ustaz Zaid bin Suboh dan Ustaz Haikal bin Apeloh. Taklimat tersebut diadakan di Dewan Kuliah Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. 

Penceramah jemputan ialah Ustaz Zamri bin Ab. Kadir yang bertugas di Unit Agama, Lembaga Peperiksaan Malaysia. Beliau memberi penjelasan kepada para pelajar tentang hala tuju lulusan STAM seperti peluang-peluang pengajian yang ditawarkan sama di IPTA/IPTS atau di Al-Azhar, Mesir. Semoga para pelajar khususnya mengambil input dan bersemangat meneruskan pengajian STAM.

Tag: Hala Tuju Lulusan STAM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini