Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Program akhir tahun 2025 - Program "Your Health Your Responsibility" University for Society (SULAM) anjuran UiTM

24 Nov 2025 | Masjid Al-Ghazali Maahadsas

Program kesihatan dan kesejahteraan pelajar yang melibatkan fasilitator dari UiTM Pahang telah berjaya dianjurkan dengan memberi fokus kepada aspek kesihatan fizikal dan kesihatan mental pelajar. Antara slot yang dijalankan termasuk “A Healthy Body is an Amanah from Allah”, yang menekankan penjagaan kebersihan diri, pemakanan seimbang dan tanggungjawab menjaga kesihatan menurut perspektif Islam.

Seterusnya, slot “Calm Mind, Happy Soul” memberi pendedahan tentang pengurusan tekanan, pemikiran positif dan kesejahteraan emosi. Program turut diserikan dengan aktiviti kuiz interaktif dan perbincangan kumpulan sebelum diakhiri dengan sesi penutupan serta penyampaian penghargaan. 

Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat secara menyeluruh dan berterusan.

Tag: #maahadsas2025

0 komen

Sila berikan komen anda di sini