Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PROGRAM KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2017

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 10-12 Februari 2017 (Jumaat-Ahad), Kem Kepimpinan Pelajar telah diadakan bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur      ( PULAPAT ) Jengka.

Kem Kepimpinan Pelajar ini melibatkan seramai 120 orang pelajar terdiri daripada tingkatan 1- 6 yang memegang jawatan sebagai Ketua Kelas, Pengawas Sekolah, Exco-exco Asrama, Badan Dakwah, Pengawas Galeri dan Pengawas Pusat Sumber.  Manakala bilangan guru pula seramai 15 orang terdiri daripada Jawatankuasa Lembaga Badan Disiplin Dan Pengawas, Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini dan anggota PULAPAT seramai 6 orang.

Tujuan diadakan kem ini adalah untuk memupuk sifat bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan, tegas dan berdisiplin serta saling bekerjasama antara satu dengan yang lain. Majlis perasmian penutup Kem Kepimpinan ini telah dirasmikan oleh Pengetua Ma'ahad As-Sultah Ahmad Shah Ad-Dini, Puan Noraini bt Abdul Manap. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari.

Tag: kemkepimpinan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini