Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

30 September 2020- Warga Ma'ahad SAS telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih bagi meraikan persaraan Ustazah Normah Zakaria dan perpisahan Cikgu Nurul Afiqah Shazlien, Ustazah Arina  dan Ustaz Muhammad Zulhusni. Majils diadakan di Dewan Saidina Ali bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 1.00 petang. 

Majlis diserikan dengan pertunjukkan silat sebelum masuk ke dewan. Kemudian ucapan wakil guru lelaki dan perempuan,ucapan tuan pengetua, ucapan yang diraikan iaitu Ustazah Normah Binti Zakaria dan Cikgu Nurul Afiqah Shazlien Binti Mohd Yusuf. Majlis diteruskan dengan tanyangan multimedia, penyampaian cenderamata dan acara memotong kek. Majlis berakhir dengan jamuan makan. 

Tag: Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

0 komen

Sila berikan komen anda di sini