Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENYERAHAN BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN KEPADA PELAJAR MAAHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI

21 OKTOBER 2020 – Ma’ahad SAS telah menerima kedatangan tetamu daripada pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk  penyerahan bantuan zakat pendidikan kepada para pelajar Ma’ahad SAS daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. En. Mohd. Ali Bin Mat Dasir dan En. Mohd Isa Bin Husin iaitu wakil daripada MUIP tersebut telah menyerahkan bantuan zakat dari kelas ke kelas diiringi oleh Tuan Pengetua, Ustaz Haji Ahmad Sukri Bin Mohamed Sodin dan Ustaz Che Aziz Bin Che Dollah, GPK 1. 
 
Selesai penyerahan bantuan, tetamu dijamu dengan juadah tengah hari di bilik kudapan. Tuan Pengetua diiringgi GPK HEM, Ustazah Robiah Binti Ibrahim telah menyampaikan cenderahati kepada wakil MUIP atas kunjungan mereka ke Ma’ahad SAS untuk menyerahkan bantuan zakat pendidikan. 

Tag: Bantuan Zakat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini