Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN EXCO ASRAMA MA’AHAD SAS 2021

22 APRIL 2021 – Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan Exco Asrama Ma’ahad SAS bagi tahun  2021 telah berjalan dengan jayanya. Majlis diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS yang hanya dihadiri oleh guru-guru tertentu, para pengawas dan exco-exco asrama. Majlis bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Insp. Muhamad Syafiq Bin Zainal Abidin, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Maran. Turut hadir menyerikan majlis ialah wakil dari JAIP, Ustaz Mahtar Bin Ahmad Wahid. Seramai 60 orang pengawas dan 22 orang exco asrama telah menerima watikah pelantikan tersebut. ‘Kepimpinan Berwibawa Disiplin Terpelihara’ merupakan moto yang dipilih pada tahun ini semoga direalisasikan dengan cemerlang. 

Tag: Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan Exco Asrama 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini