Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS RESTU ILMU

BANDAR JENGKA – Pada 6 Januari 2023, Majlis Restu Ilmu telah diadakan untuk pelajar kelas peperiksaan SMA, SPM & STAM 2022. Majlis ini bermula pukul 8 pagi di Dewan Saidina Ali. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Saifullah pelajar Tingkatan 6. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar setiap tingkatan iaitu Mohamad Aqil bin Azhar dari Tingkatan 4, Najlaa’ Maysuurah binti Asjad dari Tingkatan 5 dan Muhammad Firzuan bin Sha’ari dari Tingkatan 6. Selepas itu, ucapan dan amanat dari Pengetua, Ustaz Azmy Murad bin Mohamed Yatim. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan bersalaman dengan para guru. 

 

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini