Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG SECARA MAYA TAHUN 1442H/2021M

9 APRIL 2021 - Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang secara maya tahun 1442H/2021M bagi semua SMAN dan SMA Pelangai, Bentong menjadi Tuan Rumah acara perasmian yang diadakan di Dewan SMA Pelangai, Bentong. Majlis didirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang iaitu Dato’ Dr. Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz, DIMP., SMP. 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu , bacaan al-quran, ucapan aluan pengerusi majlis, ucapan aluan pengetua / penolong kanan, ucapan perasmian dan penyampaian cenderahati kepada perasmi. Aktiviti yang akan berjalan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah tadarus Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran, Ceramah Ihya’ Ramadhan, bacaan Hadith fadhilat Ramadhan, edaran risalah Ramadhan, solat dhuha berjemaah, solat terawih berjemaah, kuiz Ramadhan, iftar Ramadhan dan tazkirah 

Tag: Program Ihya' Ramadhan 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini