Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENGURUSAN PUSAKA ISLAM (2)

(SEJARAH FARAID SEBELUM ISLAM)

Bagi penganut agama Kristian, tidak terdapat nas atau dalil mengenai hukum harta pusaka di dalam Kitab Perjanjian Baru mereka (Injil). Oleh itu jika mereka tidak mahu mengguna pakai sistem pusaka Islam, mereka perlu merujuk kepada Kitab Perjanjian lama mereka (Taurat) atau kitab Zabur. Naskhah Zabur terlalu sukar untuk dikesan.
 Berikut adalah petikan dari Taurat (Old Testament ) Bab Bilangan 27 Ayat 8-11.
 
 

وَأَوْصِ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّ أَيَّ رَجُلٍ يَمُوتُ مِنْ غَيْرِأَنْ يُخْلِفَ ابْناً، تَنْقُلُونَ مُلْكَهُ إِلَى ابْنَتِهِ.وَإِنْ لَمْتَكُنْ لَهُ ابْنَةٌ تُعْطُونَ مُلْكَهُ لإِخْوَتِهِ.وَإِنْ لَمْ يَكُنْلَهُ إِخْوَةٌ، فَأَعْطُوا مُلْكَهُ لأَعْمَامِهِ.وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُأَعْمَامٌ، فَأَعْطُوا مُلْكَهُ لأَقْرَبِ أَقْرِبَائِهِ مِنْ عَشِيرَتِهِ،فَيَرِثَهُ.
وَلْتَكُنْ هَذِهِ فَرِيضَةَ قَضَاءٍ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ كَمَا أَمَرَ الرَّبُّ مُوسَى


 (Dan berpesanlah kepada Bani Israel, mana-mana lelaki yang mati tidak meninggalkan waris lelaki, pindahkan hartanya kepada anak perempuan. Jika tiada anak perempuan, berikan kepada saudara-saudara lelakinya. Jika tiada saudara lelaki, berikan kepada bapa-bapa saudaranya. Jika tiada, berikan kepada kaum kerabat terdekatnya. Jadikan ini sebagai ketetapan kepada Bani Israel sebagaimana diperintah oleh Tuhan Musa.)

Manakala dalam Ulangan 21 Ayat 15-16 pula disebut

إِنْ كَانَ رَجُلٌ مُتَزَوِّجاً مِنِ امْرَأَتَيْنِ، يُؤْثِرُإِحْدَاهُمَا وَيَنْفُرُ مِنَ الأُخْرَى، فَوَلَدَتْ كِلْتَاهُمَا لَهُأَبْنَاءً، وَكَانَ الابْنُ الْبِكْرُ مِنْ إِنْجَابِ الْمَكْرُوهَةِ،فَحِينَ يُوَزِّعُ مِيرَاثَهُ عَلَى أَبْنَائِهِ، لاَ يَحِلُّ لَهُ أَنْيُقَدِّمَ ابْنَ الزَّوْجَةِ الأَثِيرَةِ لِيَجْعَلَهُ بِكْرَهُ فِيالْمِيرَاثِ عَلَى بِكْرِهِ ابْنِ الزَّوْجَةِ الْمَكْرُوهَةِ.بَلْعَلَيْهِ أَنْ يَعْتَرِفَ بِبَكُورِيَّةِ ابْنِ الْمَكْرُوهَةِ،وَيُعْطِيَهُ نَصِيبَ اثْنَيْنِ مِنْ كُلِّ مَا يَمْلِكُهُ، لأَنَّهُ هُوَأَوَّلُ مَظْهَرِ قُدْرَتِهِ، وَلَهُ حَقُّ الْبَكُورِيَّةِ.

"Apabila seorang mempunyai dua orang isteri, yang seorang dicintai dan yang lain tidak dicintainya, dan mereka melahirkan anak-anak lelaki baginya, baik isteri yang dicintai maupun isteri yang tidak dicintai, dan anak sulung adalah dari isteri yang tidak dicintai, maka pada waktu ia membagi warisan harta kepunyaannya kepada anak-anaknya itu, tidaklah boleh ia memberikan bagian anak sulung kepada anak dari isteri yang dicintai merugikan anak dari isteri yang tidak dicintai, yang adalah anak sulung. Tetapi ia harus mengakui anak yang sulung, anak dari isteri yang tidak dicintai itu, dengan memberikan kepadanya dua bagian dari segala kepunyaannya, sebab dialah kegagahannya yang pertama-tama: dialah yang empunya hak kesulungan."

Dari ayat di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa sistem pengurusan harta pusaka menurut agama Kristian atau Yahudi adalah:, 

1) Semua harta pusaka diwarisi oleh kaum lelaki sahaja. Kaum wanita terhalang sama sekali. 
 2) Anak lelaki sulung berhak dapat dua bahagian.
 3) Anak-anak lelaki dari ‘anak perempuan si mati’ berhak mendapat pusaka. Mereka mendinding semua kaum kerabat yang lain kecuali anak lelaki si mati.
 4) Lelaki boleh boleh mewarisi pusaka saudaranya yang meninggal, kecuali si mati ada anak lelaki.
 5) Seorang lelaki boleh mewarisi pusaka anak saudaranya jika si mati tiada anak lelaki atau saudara lelaki.
 6) Kaum kerabat yang lelaki sahaja boleh memiliki pusaka si mati jika tiada anak lelaki, saudara lelaki dan bapa saudara.
 7) Tidak disebutkan dalam Taurat, bahagian untuk ibubapa dan datuk nenek. Sedangkan bapa saudara berpeluang mendapat pusaka..
 8) Begitu juga tidak dinyatakan bahagian untuk suami atau isteri jika salah seorang dari mereka mati.
 Jika demikian hukum hakamnya, mengapa penganut Kristian sekarang tidak mengamalkan seperti mana yang diperintahkan oleh agama mereka. Mengapa mereka mempertikaikan sistem faraid Islam. Jawapannya satu sahaja.

Mereka anggap hukum faraid Taurat dan Injil ini zalim kerana mengenepikan hak wanita serta ibu dan bapa. Mereka menganggap hukum Islam berkenaan faraid juga zalim kerana menzalimi wanita. Wanita hanya mendapat sebahagian sahaja berbanding lelaki.
 Padahal kitab Taurat atau perjanjian lama langsung tidak memberikan hak wanita dan ibu bapa.
 (Lihat carta di bawah, perbandingan, 'siapa dapat, siapa tidak dapat' mewarisi harta pusaka)
 


Bersambung......

 

Tag: Pengurusan Pusaka Dalam Islam (2)

1 komen

pencinta ilmu

2017-01-05 09:15:55 UTC

terima kasih atas perkongsian

Sila berikan komen anda di sini