Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS SIMFONI KASIH JALINAN BUDI

BANDAR JENGKA - Pada hari Khamis bertarikh 2 Februari 2023, satu majlis asrama telah diadakan iaitu Majlis Simfoni Kasih Jalinan Budi di Dewan Saidina Ali pada pukul 8.30 malam. Tema majlis ini adalah Kesultanan Melayu Melaka. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat Al-Quran dan seterusnya ucapan wakil pelajar lelaki dan perempuan. Kemudian, ucapan dari Pengetua, Encik Azmy Murad bin Mohamed Yatim dan Ketua Warden, Encik Mohamad Naim bin Zainudin. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati Exco Asrama  dan hadiah tokoh pelajar. Turut hadir pada majlis ini YDP PIBG, Tuan Haji Mustari Anuar bin Samah. Beliau mendeklamasikan sajak sebelum jamuan makan. Pelajar dan guru menikmati jamuan makan malam sambil mendengar persembahan nasyid. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga asrama. Semoga majlis ini dapat merapatkan silaturrahim antara warden, pentadbir dan pelajar.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini