Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS PERSARAAN SELAUTAN BUDI SERIBU MEMORI

BANDAR JENGKA – Pada 10 November 2022, majlis persaraan telah diadakan untuk 6 orang guru bersara di Dewan Saidina Ali. Guru tersebut ialah Cikgu Fariza binti Salleh, Ustazah Mariah binti Sani, Ustazah Nahariah binti Shahabudin, Cikgu Noorsabri bin Abd. Rahman, Cikgu Norziha binti Ibrahim dan Ustazah Rohani binti Abd Raof. Majlis bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengetu, ucapan guru-guru yang diraikan dan persembahan pelajar. Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada guru-guru ini kerana berjaya menamatkan perkhidmatan dengan jaya. Dan kami juga mendoakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang diberkati di samping keluarga tercinta. 

 

Tag: #maahadsas2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini