Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 16 Mei 2018 (Rabu), Majlis Sambutan Hari Guru bagi tahun 2018 telah disambut dengan jayanya.  Tema hari guru pada tahun ini “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Sambutan diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Majlis berlangsung dari jam 8.30 pagi hinggg 1.00 petang. 

Aturcara majlis bermula dengan sukaneka guru-guru bersama para pelajar. Pada jam 11.00 pagi, acara dewan bermula dengan pelbagai acara antaranya gimik majlis, ucapan wakil pelajar dan guru, ucapan puan pengetua dan merasmikan majlis tersebut. Majlis diserikan lagi dengan persembahan khas guru (Nyayian Lagu Guru Malaysia), persembahan wakil guru oleh Cikgu Fariza Binti Salleh dan persembahan pelajar. Kehadiran YB Ustaz shahril Azman ADUN Jengka bersama YDP PIBG, En. Norsufian Bin Asmuni sangat bermakna kepada warga Ma’ahad SAS. Kemuncak majlis adalah penyampaian hadiah kepada para guru.

gambar hari guru
 

Tag: Hari Guru 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini