Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2022

BANDAR JENGKA - Pada 17 Mac 2023, Majlis Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan SMA 2022 diadakan di Dewan Abu Bakar As-Siddiq. Majlis diadakan pada pukul 10.30 pagi. Ibu bapa penjaga pelajar Tingkatan 4 turut hadir bersama menerima slip keputusan. 22 orang pelajar berjaya mendapat pangkat Mumtaz dan 5 daripadanya Mumtaz Sofi. Manakala 24 orang pelajar berjaya mendapat pangkat Jayyid Jiddan dan pangkat Jayyid seramai 28 orang. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas usaha dan komited demi mencapai kecemerlangan. Selamat maju jaya diucapkan kepada para pelajar dalam menuntu ilmu dan peperiksaan seterusnya. Maahad SAS terpilih antara 4 buah sekolah yang mendapat lonjakan Gred Purata Sekolah (GPS) Tertinggi iaitu 2.75 berbanding 3.51 pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 0.76. Alhamdulillah, syukur dan tahniah buat semua.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini