Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SMA TAHUN 2017

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 29 Disember 2017 (Khamis), keputusan SMA bagi tahun 2017 telah diumumkan di seluruh SMAN Pahang secara rasminya. Kehadiran ibu bapa bersama anak mereka seawal jam 9 pagi. Penyerahan kputusan SMA diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma'ahad SAS. Pada jam 10.30 pagi, Guru Penolong Kanan HEM, Ustazah Asmanizam Binti Kamarzaman mewakili GPK Kurikulum menyampaikan sedikit ucapan kepada ibu bapa dan pelajar. Beliau berbesar hati mengumumkan bahawa keputusan SMA 2017 berlaku peningkatan peratus GPS iaitu 1.76 berbanding 2.37 pada tahun 2016  . Kejayaan ini melayakkan Ma’ahad SAS berada di kedudukan ke-3 daripada 18 buah SMAN Pahang. 

Seramai 19 orang pelajar memperolehi Mumtaz Sofi dan 49 orang pelajar memperolehi Mumtaz. Jumlah keseluruhan pelajar memperolehi pangkat Mumtaz ialah 62 orang. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SMA 2017 dan jutaan terima kasih kepada semua guru SMA khususnya dan guru-guru lain secara tidak langsung yang telah berusaha sedaya upaya mendidik dan mengajar para pelajar sehingga berjaya.


foto pelajar mumtaz sofi

 

Tag: #sma2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini