Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

KEM KECEMERLANGAN SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN SMAN PAHANG

BANDAR JENGKA – Pada 22 – 24 Oktober 2022, Kem Kecemerlangan Subjek Matematik Tambahan diadakan di Ma’ahad SAS. Sekolah yang terlibat adalah semua Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang yang mengambil subjek Matematik Tambahan untuk peperiksaan SPM. Sekolah tersebut adalah Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, SMA Al-Ihsan, SMA Al-Wosto, SMA Al-Khairiah, SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku, SMA Tengku Ampuan Fatimah dan SMA Rompin. Kem ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan SPM. Semoga para pelajar memperoleh kecemerlangan dalam subjek Matematik Tambahan untuk peperiksaan SPM 2022.

Tag: #maahadsas2022 #cemerlangspm2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini