Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA BAGI PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 DAN 5 SESI 2019

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 31 Disember 2018 (Isnin), pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 sesi 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. 

Seramai 68 orang guru terlibat secara langsung dalam menjayakan proses pendaftaran pada hari tersebut antaranya guru-guru kelas, guru SPBT, warden-warden asrama dan aspuri, guru-guru koperasi dan dibantu oleh kakitangan pejabat. Pergerakan pelajar bermula di dewan besar, kemudian ke koperasi sekolah, bilik SPBT dan akhir sekali ke asrama. Alhamdulillah, urusan pendaftaran berjalan lancar walaupun hujan sepanjang hari. 

Tag: Pendafaran Tingkatan 2 3 4 5 Sesi 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini