Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PESERTA AKADEMI QURRA' ANJURAN TV AL-HIJRAH

BANDAR JENGKA - Pada Hari Khamis bertarikh 26 Januari 2023, YDP PIBG Tn Hj Mustari  Anuar telah berbesar hati menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM1000.00 kepada Saifullah bin Khanip Rofli kerana telah berjaya terpilih dalam pertandingan AKADEMI QURRA' anjuran TV ALHIJRAH . Sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban keluarga walaupun tidak sepenuhnya  memandangkan pelajar ini ialah seorang anak yatim. Selain itu ianya juga akan memberikan dorongan dan semangat kepada pelajar lain untuk terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Pertandingan ini akan disiarkan secara langsung di TV AL HIJRAH bermula pada 28 Jan 2023 jam 9 malam. Marilah kita bersama-sama memberikan semangat dan dorongan supaya pelajar ini akan terus cemerlang dan berjaya membawa kemenangan. Pihak sekolah mendoakan kejayaan beliau untuk menjuarai pertandingan tersebut seterusnya berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Tag: #maahadsas2023 #akademiqurra'

0 komen

Sila berikan komen anda di sini