Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2019 DAN 2020

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –10 Disember 2021 (Jumaat), Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS bermula jam 7.45 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tetamu jemputan dalam majlis ini ialah Tuan Inspektor Muhammad Syafiq Bin Zainal Abidin .Tentatif program bermula dengan sesi pendaftaran penerima anugerah, nyanyian lagu, bacaan Al-Quran, persembahan pelajar. Kemudian diteruskan dengan ucapan Pemangku Pengetua iaitu, Us Che Aziz Bin Che Dollah dan ucapan Perasmian Majlis Anugerah Pendidikan oleh Tuan Hj Mustari Anuar Bin Samah iaitu YDP PIBG Ma’ahad SAS. 
 
Acara kemuncak majlis ini ialah penyampaian hadiah kepada semua penerima anugerah bagi pelajar cemerlang ujian penilaian tahap 1 tahun 2020 (tingkatan 1-3), pelajar cemerlang Sijil Menengah Agama, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi tahun 2019 dan 2020 dan anugerah penerima Anugerah Kokurikulum. Penyampaian anugerah ini disampaikan oleh Ustaz Che Aziz, Tuan Inspektor Muhammad Syafiq Bin Zainal Abidin dan Tuan Hj Mustari bin Anuar. Akhir sekali, penyampaian cenderahati kepada perasmi majlis dan tetamu jemputan yang telah disempurnakan oleh Us. Che Aziz Bin Che Dollah. Majlis penutupan diakhiri dengan bacaan dan jamuan makan untuk penerima anugerah dan guru-guru. 

Foto-foto majlis http://sman.pahang.edu.my/schools/13/galleries/1033

Tag: #majlis anugerah kecemerlangan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini