Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA TAHUN 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 27 Disember 2018 (Khamis), keputusan SMA bagi tahun 2018 telah diumumkan di seluruh SMAN Pahang secara rasminya. Kehadiran ibu bapa bersama anak mereka seawal jam 9 pagi. Pada jam 10.30 pagi, ketibaan YAB Dato' Syed Ibrahim untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada para pelajar yang cemerlang. Pada tahun ini berlaku penurunan GPS daripada 1.76 tahun 2017 kepada 1.99 pada tahun 2018. Kejayaan ini melayakkan Ma’ahad SAS di kedudukan ke-4 daripada 18 buah SMAN Pahang. 

Seramai 7 orang pelajar memperolehi Mumtaz Sofi dan 39 orang pelajar memperolehi Mumtaz. Jumlah keseluruhan pelajar memperolehi pangkat Mumtaz ialah 46 orang. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SMA 2018 dan jutaan terima kasih kepada semua guru SMA khususnya dan guru-guru lain secara tidak langsung yang telah berusaha sedaya upaya mendidik dan mengajar para pelajar sehingga berjaya.

Tag: Keputusan SMA Tahun 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini