Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2021

Pada 14 Januari 2021 (Khamis), pendaftaran tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma'ahad SAS. Bagi sesi 2021, seramai 130 orang pelajar diterima masuk selepas melalui temu uji pada 19 dan 26 Disember lalu. 

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Kehadiran hanyalah ibu bapa atau penjaga sahaja, menjaga jarak fizikal, memakai mask dan mengimbas suhu.  Pendaftaran pada hari tersebut termasuklah penentuan kelas, pembayaran yuran sekolah, PIBG, dan asrama. Pembelian buku tulis, baju batik, baju koko di pula di kedai buku. 

Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam melancarkan proses pendafaran pelajar tingkatan 1 sesi 2021. 

Tag: Pendaftaran Tingkatan 1/2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini