Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT

BANDAR JENGKA - Pada pagi Jumaat, 9 Jun 2023, Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Selamat diadakan untuk jemaah Haji dan kejayaan SMA,SPM&STAM 2022. Insan terpilih yang akan mengerjakan haji pada tahun ini adalah 2 orang guru iaitu Tuan Pengetua, Encik Azmy Murad bin Mohamed Yatim dan Mohd Nazri bin Alias. Kami warga Maahad SAS mendoakan agar kedua-duanya selamat pergi dan balik serta memperoleh haji yang mabrur. Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Maahad SAS atas kejayaan dan peningkatan memberangsangkan dalam peperiksaan tahun 2022. Semoga tahun 2023 menjadi lebih baik dan cemerlang bagi para pelajar dan guru.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini