Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

MAJLIS AGIHAN ZAKAT KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

KUANTAN - Pada 17 Januari 2023, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menganjurkan Majlis Agihan Zakat kepada Institusi Pendidikan Negeri Pahang yang bertempat di Hotel Grand Darul Makmur. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (SSAP, SIMP) selaku Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Ma'ahad SAS mendapat agihan zakat berbentuk sumbangan pembelian keperluan asrama berjumlah RM204,200.00. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ustazah Robiah binti Ibrahim (GPK HEM) mewakili Pengetua, turut hadir sama Tuan Haji Mustari Anuar bin Samah (YDP PIBG Maahad SAS). Warga Ma'ahad menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi keselesaan kepada para pelajar sebagai penuntut ilmu.

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini