
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT MA’AHAD SAS TAHUN 2025
Maahadsas, 27 Mei 2025 – Dewan Saidina Ali bergema dengan sorakan dan gelak tawa apabila warga Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini meraikan sambutan Hari Guru 2025 dengan penuh meriah dan bermakna.
Mengangkat tema “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”, majlis ini bukan sahaja bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan para guru, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan pelajar.
Antara kelainan sambutan pada tahun ini ialah tema pakaian guru yang berkonsepkan “English Vintage”, menyaksikan barisan pendidik tampil bergaya dengan busana klasik ala Inggeris, sekali gus menambahkan warna dan keunikan dalam suasana majlis.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sempena majlis ini, termasuk persembahan istimewa daripada pelajar, aktiviti sukaneka guru dan pelajar, sesi penghargaan guru, penyampaian hadiah serta tayangan video khas dedikasi untuk para pendidik.
0 komen