Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Kejohanan Sukan Sekolah Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini 2025

Bandar Jengka - Kejohanan sukan tahunan Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini yang berlangsung pada 26 dan 27 Februari 2025 telah menyaksikan persaingan sengit antara rumah sukan yang bertanding. 

Kejohanan yang diadakan di sekolah ini turut mempertandingkan beberapa acara sukan popular, sama seperti yang dipertandingkan dalam acara Masisupa (Majlis Sukan & ilmiah Sekolah-Sekolah menengah agama negeri Pahang) termasuk bola sepak, takraw, futsal, bola jaring, bola tampar, ping pong dan badminton. Acara ilmiah akan berlangsung pada masa akan datang.

Setakat ini, rumah sukan Tabuk mendahului carta kejohanan dengan pencapaian cemerlang, meraih empat pingat emas dalam beberapa acara utama. Kejayaan ini memberi kelebihan awal kepada Tabuk dalam mengejar gelaran juara keseluruhan. 

Kejohanan ini diharap dapat memberikan pengalaman berharga kepada semua pelajar dalam membangunkan sifat kepimpinan, kerjasama, dan daya saing yang sihat.

Tag: #maahadsas2025

0 komen

Sila berikan komen anda di sini