Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

BENGKEL AL-QURAN SMA

BANDAR JENGKA - Pada 22 Julai hari Sabtu, Bengkel Al-Quran SMA dilaksanakan pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini bertempat di Dewan Tingkatan 6. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar Tingkatan 4. Penceramah bengkel ini ialah Ustazah Salmiah bt Mat Nayan, guru dari SMA Maran. Semoga anak-anak pelajar Tingkatan 4 berjaya menghafal surah-surah yang ditetapkan untuk peperiksaan SMA 2023. 

Tag: #maahadsas2023

0 komen

Sila berikan komen anda di sini